Tuesday, September 29, 2009

Sekadar Renungan Bersama................
Di sebuah kampung ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekoq tu ke surau waktu Maghrib nnt.
Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ka~? Takpa2, nnt ptg sat g kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekoq tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..
Masuk ja kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang nuu, biaq saya jadi imam."
Tok imam pun unduq la ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jaa tokkkk!!"
Lalu batal lah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji laa si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknya si Ciko berkata,
"He he he, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang.
He he he he..."
Tok imam pun terkedu & terpana..
MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:

1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya: Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”
(Surah Al-Ma’idah: 42)

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).

5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)

Monday, September 28, 2009

Pantun Teka-Teki

Soalan:
Ulat daun tidur berembun
Di pohon kelapa setiap masa
Banyak daun perkara daun
Daun apakah dahan tiada?
Jawapan:
Banyak orang pergi ke dusun
Dusun kaya dengan buah-buahan
Banyak daun perkara daun
Daun terup tidak berdahan
—————————
Soalan:
Ada satu teka-teki
Pada tuan saya bilang bagi
Kalau tuan bijak sekali
Apa binatang tiada kaki?
Jawapan:
Jangan fikir aku budak-budak
Aku tahu kamu punya cabar
Di tengah padang terlengkak-lengkak
Yang tiada kaki binatang ular
———————————
Soalan:
Cendawan bulat ditepi paya
Bawa orang dari hulu
Banyak hairan di hati saya
Kecil dia segan,besar dia tak malu?
Jawapan:
Bawa orang dari hulu
Cendawan bulat tepi paya
Kecil segan, besar tak malu
Itulah nama kuntum bunga.
Madah Sebagai Renungan
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan
sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi,
apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

Hidup memerlukan pengorbananan,
Pengorbanan memerlukanperjuangan,
Perjuangan memerlukan ketabahan,
Ketabahanmemerlukan keyakinan,
Keyakinan pula menentukan kejayaan,
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinanharta ada kekayaan jiwa,
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

“Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada”.

“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

“Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia,
umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa”.
PPSMI, yang terhantuk dan terngadah

Oleh Zukri Aksah
KUANTAN, Julai 10 — Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dari mula diperkenalkan sudah diakui sebagai satu dasar yang salah, hanya berasaskan satu sebab yang sangat penting.

PPSMI telah menafikan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam sistem pendidikan nasional negara kita.

PPSMI akan dimansuhkan, secara berperingkat-peringkat, pemansuhan sepenuhnya adalah pada tahun 2012. Sedangkan dahulu, ia diperkenal dan dilaksanakan secara gopoh dan tergesa-gesa, hanya kerana mengikut kehendak seorang pemimpin.

Mengulas isu ini dan kenyataan Dr Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran, bahawa pembatalan PPSMI bakal menjimatkan RM40 juta wang kerajaan setahun, Datuk Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang menyatakan, "inilah akibat jika dasar negara digubal melalui pembesar suara, dengar dan patuh sahaja!"

Fauzi turut melahirkan kerisauannya tentang pendekatan kerajaan Umno dan BN yang suka mewar-warkan sesuatu dasar tanpa terlebih dahulu menjalankan kajian terperinci tentangnya.

Akhirnya setelah didapati dasar tersebut memang bermasalah dan menyusahkan, ia dihentikan pada ketika negara sudah kerugian jutaan ringgit.

Pembaziran berlaku begitu sahaja semata-mata kerana ketidakcekapan pengurusan dasar dan ketakutan untuk membantah ego seorang pemimpin.

Fauzi, dalam hal ini, menganggap beban kesalahan dari masalah yang ditimbulkan oleh PPSMI ini juga wajib dipikul oleh kepimpinan Kerajaan Umno dan BN sekarang, walaupun dasar ini diperkenalkan ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada waktu dasar ini diperkenalkan, mereka bukan hanya mengia, bahkan memujinya melangit.

Ketika itu, mengikut Fauzi lagi, jangankan pemimpin pembangkang, jika ada pemimpin Umno dan BN sendiri di peringkat bawahan yang mempersoalkan dasar ini, mereka akan dikritik dan dikecam hebat. Walapun mereka tahu sama tahu yang dasar PPSMI ini adalah sesuatu yang salah.

Pesan Fauzi kepada pemimpin Umno dan BN, parti yang pernah menjadi medan perjuangannya dahulu, cukuplah bebudaya burung belatuk, cukuplah berbudaya asyik mengangguk.

"Sekali pemimpin pergi sekali terhantuk, datang pemimpin baru, kembali menjadi belatuk. Bila mahu terngadah, parti rupanya sudah punah-ranah," katanya
Pantun Jenaka

Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak

Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga

Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin

Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat

Buah jering dari Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagi ketawa
Dengar tupai baca kitab

Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkaikan suasa
Jikalau kucing tak bergigi
Alamat tikus berjoget berdansa

Anak dara Datuk Tinggi
Buat gulai ikan tilan
Datuk tua tak ada gigi
Bila makan kunyah telan

Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata